Thursday, September 29, 2011

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara

yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Antara kaedah yang disarankan ialah :

1. Kaedah Kuliah

2. Kaedah Perbincangan

3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi

4. Kaedah Latihan

5. Kaedah Penemuan

6. Kaedah Projek.

7. Kaedah Persembahan Lisan

8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

Tuesday, September 27, 2011

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Salam Pengenalan

Salam buat buat semua....Jom kita amalkan gaya hidup sihat...Pupuk dari awal...